Dondang sayang merupakan hiburan yang menjadikan pantun sebagai senikatanya. Secara tidak langsung, pantun akan terus digunakan selagi dondang sayang dimainkan. Dalam tradisi Melayu, mendodoikan anak sebelum tidur merupakan amalan yang dilakukan di mana-mana jua. Bagi orang Melaka, mengalunkan irama Dondang Sayang walaupun tidak begitu sempurna adalah menjadi kelaziman.
| Author | - |
|---|---|
| Publisher | No |
| ISBN | 978-983-4198-43-4 |
| Dimensions | 22.6cmx15.2cmx1.5cm |
| Special Note | No |






